Saturday, December 27, 2008

khatib wayang kulit

kemarin aku solat jumaat di masjid lindungan pjs 7. seperti biasa di sini dan di kebanyakan masjid lain, khutbahnya agak hambar, membicarakan perkara yang hampir semua orang dah tahu: zakat, haji, puasa, dsb (mengikut musim tertentu). jarang kita dengar khutbah yang lebih 'vibrant' dan menyentuh jiwa, yang berani mengkritik perihal perkara-perkara yang kontemporari, dalam usaha mendidik masyarakat.

kita semua maklum kebanyakan imam dan khatib mengambil jalan pintas, samada dengan rela atau terpaksa, membaca text yang disediakan 'dalang-dalang' dari jabatan-jabatan berkenaan. apa yang dipaparkan di mimbar tidak ori langsung, jauh dari dapat menarik minat dan perhatian hadirin, maka tidak hairanlah ramai di antara hadirin yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk, malah ada juga yang tertidur sambil duduk, mendengar lagu dan cerita lama yang 'diwayang kulitkan'. jikalau setakat membaca text di khalayak ramai, budak sekolah menengah pun ramai yang boleh buat.

para imam dan khatib dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk masyarakat hanya jika mereka bisa mengkritik tanpa apa-apa tekanan dari mana-mana pihak (terutamanya politik), sekaligus akan menaikkan imej mereka dan lebih disegani masyarakat setempat.

No comments:

The Glorious Quran


Free chat widget @ ShoutMix
 

Web Hit Counter
Dell Coupon Code