Sunday, June 21, 2009

Boikot Facebook

Saya terpanggil mengutarakan sedikit pandangan mengenai boikot Facebook yang disarankan seorang saudara muslimin. Saya yang kurang arif ini berpendapat, tidak salah bagi kita menggunakan Facebook dsb selama mana ianya membawa kepada kebaikan. Tidak wajar kita memboikot hanya kerana pengasasnya seorang berketurunan Yahudi. Ketaksuban yang begitu rupa akan hanya merugikan diri kita sendiri. Nabi Muhammad SAW sendiri berurusniaga dengan orang Yahudi, malah sejarah telah membuktikan mereka diberi perlindungan semasa diburu puak Kristian suatu masa dahulu.

Allah SWT telah menganugerahkan Yahudi dengan banyak keistimewaan. Soal mereka kufur terhadap nikmat itu bukan menjadi tugas kita bagi menghukumnya. Kita tidak perlu bimbang atau gundah lantaran kekayaan mereka itu; pada hemat saya sesiapa sahaja yang pandai dan bijak memang deserve it. Jikalau kita nak boikot mereka mungkin kita tak dapat keluar dari rumah kerana seluar jeans dsb yang kita dok pakai setiap hari tu sudah hampir pasti ada tangan Yahudi yang terlibat. Malah di dalam rumah sekalipun kita tidak akan dapat mengelak darinya kerana industri komputer dan alam maya terletak di celah jari-jari mereka juga.

Umum tahu senjata mukmin adalah doa. Masalahnya UNI tidak ambil pusing mengenainya. Kebanyakan kali bila doa dibaca dalam majlis-majlis rasmi, hampir tidak kedengaran amin dari hadirin, malah angkat tanganpun bagaikan dipaksa (saya sendiri pun kadang-kadang lalai... mulut kata amin fikiran menerawang ke tempat lain). Sekali lagi kita tidak perlu bimbang dengan kekayaan yang Yahudi timbuni kerana doa sebagai senjata adalah exclusive kepada umat Muhammad SAW, yakni tidak diberi kepada umat lain. Lebih baik kita tumpukan perhatian kita kepada advantage ini dari cuba mengemudi sesuatu yang di luar kawalan kita. Jikalau rasa dah terlambat, sekurang-kurangnya hendaklah anak-anak kita dilatih dalam aspek ini.

Musuh Islam sangat gerun dan dengki dengan istimewanya kita. Tak dapat dimurtadkan kita, dipecahbelahkan ukhwah kita pun sudah cukup bagi mereka. Caranya dengan brainwashing menerusi media (terutamanya tv) dengan menyajikan rancangan berbentuk hiburan yang bisa melalaikan kita dan boleh mengubah persepsi kita terhadap mereka dan cara hidup, seperti cara berpakaian, bergaul, berbelanja dll.

Sebagai kesimpulan, lebih baik kita memboikot, atau meminimisekan penggunaan sesuatu produk itu kerana ianya detrimental terhadap kesihatan seperti rokok yang mengandungi banyak racun dan makanan segera McD yang mengandungi paras plumbum agak tinggi, dan bukan hanya kerana ianya dikendalikan Yahudi atau talibarut mereka. Mari kita renungi dan ikuti nasihat Rasulullah SAW: yang seeloknya sesuatu itu biarlah sederhana.

Insya Allah kita akan selamat DNA.

Allahu aalam.

mohd JAMAL azhar
(TEXT) +6012 2519 386
http://aljamali.blogspot.com

No comments:

The Glorious Quran


Free chat widget @ ShoutMix
 

Web Hit Counter
Dell Coupon Code