Monday, July 25, 2011

a pic to share

jamal azhar

Tuesday, July 19, 2011

reflex points

learn from the chart as it may be of use someday :-)

Sunday, June 21, 2009

Boikot Facebook

Saya terpanggil mengutarakan sedikit pandangan mengenai boikot Facebook yang disarankan seorang saudara muslimin. Saya yang kurang arif ini berpendapat, tidak salah bagi kita menggunakan Facebook dsb selama mana ianya membawa kepada kebaikan. Tidak wajar kita memboikot hanya kerana pengasasnya seorang berketurunan Yahudi. Ketaksuban yang begitu rupa akan hanya merugikan diri kita sendiri. Nabi Muhammad SAW sendiri berurusniaga dengan orang Yahudi, malah sejarah telah membuktikan mereka diberi perlindungan semasa diburu puak Kristian suatu masa dahulu.

Allah SWT telah menganugerahkan Yahudi dengan banyak keistimewaan. Soal mereka kufur terhadap nikmat itu bukan menjadi tugas kita bagi menghukumnya. Kita tidak perlu bimbang atau gundah lantaran kekayaan mereka itu; pada hemat saya sesiapa sahaja yang pandai dan bijak memang deserve it. Jikalau kita nak boikot mereka mungkin kita tak dapat keluar dari rumah kerana seluar jeans dsb yang kita dok pakai setiap hari tu sudah hampir pasti ada tangan Yahudi yang terlibat. Malah di dalam rumah sekalipun kita tidak akan dapat mengelak darinya kerana industri komputer dan alam maya terletak di celah jari-jari mereka juga.

Umum tahu senjata mukmin adalah doa. Masalahnya UNI tidak ambil pusing mengenainya. Kebanyakan kali bila doa dibaca dalam majlis-majlis rasmi, hampir tidak kedengaran amin dari hadirin, malah angkat tanganpun bagaikan dipaksa (saya sendiri pun kadang-kadang lalai... mulut kata amin fikiran menerawang ke tempat lain). Sekali lagi kita tidak perlu bimbang dengan kekayaan yang Yahudi timbuni kerana doa sebagai senjata adalah exclusive kepada umat Muhammad SAW, yakni tidak diberi kepada umat lain. Lebih baik kita tumpukan perhatian kita kepada advantage ini dari cuba mengemudi sesuatu yang di luar kawalan kita. Jikalau rasa dah terlambat, sekurang-kurangnya hendaklah anak-anak kita dilatih dalam aspek ini.

Musuh Islam sangat gerun dan dengki dengan istimewanya kita. Tak dapat dimurtadkan kita, dipecahbelahkan ukhwah kita pun sudah cukup bagi mereka. Caranya dengan brainwashing menerusi media (terutamanya tv) dengan menyajikan rancangan berbentuk hiburan yang bisa melalaikan kita dan boleh mengubah persepsi kita terhadap mereka dan cara hidup, seperti cara berpakaian, bergaul, berbelanja dll.

Sebagai kesimpulan, lebih baik kita memboikot, atau meminimisekan penggunaan sesuatu produk itu kerana ianya detrimental terhadap kesihatan seperti rokok yang mengandungi banyak racun dan makanan segera McD yang mengandungi paras plumbum agak tinggi, dan bukan hanya kerana ianya dikendalikan Yahudi atau talibarut mereka. Mari kita renungi dan ikuti nasihat Rasulullah SAW: yang seeloknya sesuatu itu biarlah sederhana.

Insya Allah kita akan selamat DNA.

Allahu aalam.

mohd JAMAL azhar
(TEXT) +6012 2519 386
http://aljamali.blogspot.com

Sunday, May 24, 2009




unheard of



hampir aku tak percaya dengan berita yang dilaporkan malaysia today. tak pernah kita dengar orang awam enggan bersalam dengan pemimpin. setahu aku jkl pemimipin datang ramai yang sibuk dan rela berebut hanya untuk bersalaman. aku tak main tu semua, jkl kebetulan aku akan bersalam, namun jika nak kena berebut sorry laa. banyak lagi perkara yang lebih bermunafaat yang perlu dilakukan.



i cant help but imagine kalau aku la dalam kasut mb tu (pinjam bahasa inggeris sikit), rasanya nak juga aku bunuh diri lantaran menanggung kemaluan (hehe) yang amat besar, atau sekurang2nya letak jawatan. in that sense aku admire dia kerana ketebalan mukanya menghadapi situasi begini beberapa kali. bukan itu sahaja, malah pernah beliau dihalau keluar oleh rakyat biasa ketika membuat lawatan.



moral: kita tak boleh tipu dan buli semua orang.









Monday, May 11, 2009

rapidkl

rapidkl, salah ejaan tu! kalau tuanpunya bot sg kelantan boleh saya maafkan...

Saturday, December 27, 2008

khatib wayang kulit

kemarin aku solat jumaat di masjid lindungan pjs 7. seperti biasa di sini dan di kebanyakan masjid lain, khutbahnya agak hambar, membicarakan perkara yang hampir semua orang dah tahu: zakat, haji, puasa, dsb (mengikut musim tertentu). jarang kita dengar khutbah yang lebih 'vibrant' dan menyentuh jiwa, yang berani mengkritik perihal perkara-perkara yang kontemporari, dalam usaha mendidik masyarakat.

kita semua maklum kebanyakan imam dan khatib mengambil jalan pintas, samada dengan rela atau terpaksa, membaca text yang disediakan 'dalang-dalang' dari jabatan-jabatan berkenaan. apa yang dipaparkan di mimbar tidak ori langsung, jauh dari dapat menarik minat dan perhatian hadirin, maka tidak hairanlah ramai di antara hadirin yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk, malah ada juga yang tertidur sambil duduk, mendengar lagu dan cerita lama yang 'diwayang kulitkan'. jikalau setakat membaca text di khalayak ramai, budak sekolah menengah pun ramai yang boleh buat.

para imam dan khatib dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk masyarakat hanya jika mereka bisa mengkritik tanpa apa-apa tekanan dari mana-mana pihak (terutamanya politik), sekaligus akan menaikkan imej mereka dan lebih disegani masyarakat setempat.

Monday, April 21, 2008

Friday, March 7, 2008

imperial visit

this is to mark the visit made yesterday right from the middle of japan imperial palace area.

Friday, February 15, 2008

marhaen

sehari dua lepas, tatkala menunggu tren tiba, sempat aku berbual dengan seorang perempuan si penyapu sampah... dalam lima minit itu tahulah aku bagaimana peritnya mencari sebuah penghidupan... dia bekerja 16 jam sehari 6 hari seminggu...adilkah masyarakat terhadap orang2 sepertinya?... bayangkan pulang jam 11 malam dan jam 7 pagi mesti sudah hadir di tempat kerja... betapa masa bersama anak2 terhakis dek keperluan mencari nafkah segenggam beras cuma...

Thursday, February 7, 2008

Sunday, February 3, 2008

The Glorious Quran


Free chat widget @ ShoutMix
 

Web Hit Counter
Dell Coupon Code